Profil syarikat Media_Prima_Audio

Rangkaian Radio Media Prima mengendalikan lima stesen radio komersial – 8FM (dahulu One FM), Buletin FM (dahulu Kool FM), Fly FM, Hot FM, Molek FM dan platform siniar – Audio+ (dahulu Ais Kacang). Tidak seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro yang memiliki stesen radio berbahasa Tamil, Media Prima tidak mempunyai stesen radio bahasa Tamil.

Rangkaian Radio Media Prima dijenamakan semula sebagai Ripple pada 2018 yang menggabungkan media digital, penyiaran dan perdagangan. Ripple berhubung dengan penonton melalui muzik, hiburan dan gaya hidup, melalui pendekatan massa dan hubungan khusus, selain memanfaatkan jurang dalam khalayak penyiaran yang ada dengan pelancaran tujuh aset digital baru - Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters dan Wakeke.[1][2][3]

Pada 2 Ogos 2021, Ripple bertukar nama kepada Media Prima Audio bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategi, dengan menjadikan industri penyiaran radio kembali meriah selain pemerkasaan kandungan agar lebih terkini serta mantap.[4][5]